Psikologi: Dr Asmawati Desa, Dr Getrude Cosmas dan et al. (2024)
Psikologi: Dr Asmawati Desa, Dr Getrude Cosmas dan et al. (2024)

Psikologi merupakan satu bidang yang sedang berkembang pesat dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ia adalah satu kajian mengenai proses mental dan tingkah laku organisma. Buku Psikologi yang mengandungi 14 Bab ini memperihalkan tentang asas psikologi untuk para pelajar. Buku ini mendedahkan kepada para pembaca bidang-bidang dalam psikologi serta aspek-aspek lain yang dikaji dalam ilmu ini. Topik-topik seperti psikologi, pembelajaran, ingatan, pemikiran, kecerdasan dan bahasa, motivasi dan emosi, personaliti, psikologi sosial, tekanan dan pengurusan tekanan serta kecelaruan psikologi dan rawatan patut diberi tumpuan oleh mereka yang ingin memahami tentang diri sendiri dan juga orang lain.

Selaku insan yang sentiasa berinteraksi dengan individu lain, sama ada di rumah atau di tempat kerja, buku ini boleh dimanfaatkan dan amat sesuai dimiliki. Buku ini juga amat sesuai bagi para penuntut dari pelbagai disiplin yang ingin mempelajari serba sedikit tentang ilmu psikologi.

ISBN 978-967-2711-14-8 (Kulit tebal) – Contents in 4-colour

About the Authors

Asmawati Desa
Asmawati Desa merupakan mantan pensyarah di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Master dalam Psikologi Fisiologi dari Birmingham University, United Kingdom, dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Minat beliau adalah dalam bidang berkaitan tekanan, remaja dan kesejahteraan psikologi.
Getrude Cosmas
Getrude Cosmas merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. Pendidikan tertinggi beliau ialah doktor falsafah dalam bidang psikologi sosial dari Universiti La Trobe, Melbourne, Australia. Kajian beliau banyak tertumpu kepada bidang Psikologi Sosial yang memfokuskan kepada sikap dan perubahan sikap, perhubungan sosial dan pengaruh elemen budaya terhadap pengukuhan dan etnik identiti dan juga sumbangan ketahanan kendiri terhadap psikologikal belia. Selain menjalankan kajian, beliau juga terlibat dalam kerja komuniti di kawasan luar bandar, Sabah dan telah menghasilkan modul psikologi seperti Psy4Life Modul dan Traffic Psychology Manual yang digunakan sebagai panduan dalam menjalankan program komuniti.
Asbah Razali
Asbah Razali merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Bidang kepakaran beliau ialah psikologi perkembangan, penagihan dan pemulihan dadah serta masalah psikososial dalam kalangan remaja. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau telah menerbitkan beberapa artikel di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan juga menulis bab di dalam beberapa buah buku akademik. Beliau juga boleh dihubungi melalui e-mel di asbahrazali@um.edu.my.
Azlina Mohd Khir
Azlina Mohd Khir merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah Psikologi Sosial. Di UPM, beliau mempunyai pengalaman mengajar kursus Pengantar Psikologi, Psikologi Sosial, Masalah Sosial, dan Kerja Komuniti dan Kesukarelawanan. Dari segi penyelidikan, beliau memberikan tumpuan kepada aspek persepsi sosial, sikap dan tingkah laku, serta kesejahteraan psikologi. Beliau terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan telah menghasilkan pelbagai penerbitan termasuk artikel jurnal, prosiding, buku suntingan, bab buku dan modul untuk kursus Pengantar Psikologi. Beliau juga aktif menyumbang kepada komuniti dan industri. Sebagai seorang ahli dalam Persatuan Psikologi Malaysia, beliau sering dijemput sebagai penceramah dan ahli panel dalam membincangkan isu psikologi dalam kalangan penjawat awam, swasta, komuniti setempat dan para pelajar di peringkat universiti mahupun di peringkat sekolah. Beliau turut terlibat sebagai pengulas dan editor bagi jurnal di peringkat nasional dan antarabangsa.
Mariny Abdul Ghani
Mariny Abdul Ghani, Ph.D., Psikologis Bertauliah (Chartered Psychologist - CPsychol) daripada The British Psychological Society (BPS) dan juga Kaunselor Berdaftar (KB. PA), Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia. Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan, di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia. Bidang penyelidikan beliau melibatkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif, kaunseling, psikologi serta kajian berkaitan isu keganasan rumahtangga dan program intervensi pendera. Beliau banyak terlibat dalam aktiviti penulisan ilmiah dan penerbitan artikel dalam jurnal, bab dalam buku, serta turut membentangkan kertas kerja dalam pelbagai persidangan/seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Siti Aisyah binti Panatik @ Abdul Rahman
Siti Aisyah binti Panatik @ Abdul Rahman merupakan Profesor Psikologi Industri dan Organisasi di Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau memperolehi PhD dalam jurusan Psikologi Industri dan Organisasi dari University of Waikato, New Zealand pada 2010, Sarjana Sastera Psikologi Industri dan Organisasi dan Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM. Fokus penyelidikan dan perundingan beliau adalah dalam bidang Psikologi Industri dan Organisasi seperti Integrasi Kerja-Kehidupan, Reka Bentuk Kerja, Sikap dan Tingkah Laku Berkaitan Kerja, Spiritual di Tempat Kerja, Etika dan Integriti, dan Prestasi Pekerjaan serta Psikologi Positif. Beliau adalah pengarang dan penyunting beberapa buku seperti Isu-isu Psikologi di Tempat Kerja, Personaliti di Tempat Kerja, Isu-isu Psikologi dalam Kalangan Akademia, Kesejahteraan Psikologi di Tempat Kerja dan Impak Program Integriti di Malaysia.
Dr Daniella Mokhtar
Dr Daniella Mokhtar adalah pensyarah kanan di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, FSSK, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi dan Sarjana dalam Psikologi Industri dan Organisasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia menamatkan PhD dalam Psikologi Kesihatan Pekerjaan di University of Sheffield, United Kingdom pada 2019 di mana beliau menulis tesis buli di tempat kerja. Penyelidikan dan penerbitan utama beliau berkisar tentang Psikologi Kesihatan Pekerjaan termasuk risiko psikososial di tempat kerja dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Beliau turut berminat dengan isu buli samada secara fizikal mahupun siber yang melibatkan orang dewasa di tempat kerja dan juga remaja.
Siti Nazilah Mat Ali
Siti Nazilah Mat Ali (PhD) ialah Profesor Madya di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FBESD), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Minat penyelidikannya dalam bidang psikologi sosial, psikologi organisasi dan industri, pembelajaran dan ujian psikologi. Beliau memperolehi Doktor Falsafah (Psikologi) pada 2013 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, UMT sejak tahun 2003. Semangat dan keazaman untuk memajukan pendidikan dan generasi akan datang telah mendorong beliau berkhidmat di institusi pengajian tinggi. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UIAM dari 1997 hingga 2001. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai Eksekutif Kerjaya dan Kaunseling di Institut Teknikal Tinggi Terengganu (TATI) dari 2001 hingga 2003. Beliau kemudiannya dilantik sebagai pensyarah Universiti Malaysia Terengganu pada Disember 2003. Selain pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penerbitan dan kepimpinan akademik, beliau telah terlibat secara aktif dalam pemindahan ilmu dan khidmat masyarakat.
Siti Hajar Mohamad Yusoff
Siti Hajar Mohamad Yusoff, Ph.D., merupakan pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Bidang kepakaran beliau adalah psikologi kaunseling, psikologi pengurusan, dan psikologi sosial. Beliau juga merupakan kaunselor profesional yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Selain menerbitkan buku, artikel dan kertas pembentangan seminar, beliau turut aktif sebagai penceramah dan motivator.
Farah Nadia Mohd Faudzi
Farah Nadia Mohd Faudzi adalah merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda (kepujian) dalam Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010, dan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Psikologi Perkembangan di Lancaster University UK pada tahun 2013. Seterusnya, pada tahun 2018, beliau telah menamatkan PhD dalam bidang Psikologi di Universiti of Manchester, UK. Minat penyelidikan beliau tertumpu pada perkembangan manusia dan juga penilaian psikometrik. Beliau mempunyai pengalaman mengajar dalam pelbagai kursus Psikologi seperti Pengenalan kepada Psikologi; Ujian Psikologi; Statistik untuk Sains Sosial dan Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia.
Atini Binti Alias
Atini Binti Alias merupakan seorang pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Melaka (UNIMEL). Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Psikologi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Kaunselor Berdaftar (KBPA) dan aktif di dalam mahupun di luar universiti. Minat kajian beliau lebih berfokus ke arah pelajar dan psikologi secara umum.
Siti Haziqah Binti Shaban
Siti Haziqah Binti Shaban merupakan seorang pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Melaka (UNIMEL). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga merupakan seorang Kaunselor Berdaftar dan aktif sebagai sukarelawan di lapangan serta mempunyai pengalaman melakukan sesi kaunseling secara individu mahupun kelompok secara atas talian dan bersemuka khususnya di kalangan pelajar kolej.

Table of Contents

Pengarang
Prakata
Kandungan Ringkas
Kandungan    
Bab 1: Mengenal Psikologi
Bab 2: Metod Kajian Dalam Psikologi
Bab 3: Asas Biologi Dalam Tingkah Laku
Bab 4: Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia
Bab 5: Sensasi dan Persepsi
Bab 6: Pembelajaran
Bab 7: Ingatan
Bab 8: Pemikiran, Kecerdasan dan Bahasa
Bab 9: Motivasi dan Emosi
Bab 10: Personaliti
Bab 11: Psikologi Sosial
Bab 12: Psikologi Positif
Bab 13: Tekanan dan Pengurusan Tekanan
Bab 14: Kecelaruan Psikologi dan Rawatan
Indeks

Instructors Supplements

Please login to download