Pengantar Psikologi - Dr Asmawati Desa, Dr Getrude Cosmas, Dr Mariny Abdul Ghani, Dr Siti Rozaina Kamsani, Dr Noor Azniza Ishak, Dr Nabisah Ibrahim dan Mohd Maksan Musa (2015)
Pengantar Psikologi - Dr Asmawati Desa, Dr Getrude Cosmas, Dr Mariny Abdul Ghani, Dr Siti Rozaina Kamsani, Dr Noor Azniza Ishak, Dr Nabisah Ibrahim dan Mohd Maksan Musa (2015)

Psikologi merupakan satu bidang yang sedang berkembang pesat dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat, adalah kajian mengenai proses mental dan tingkah laku organisma. Buku Pengantar Psikologi yang mengandungi 17 Bab ini memperihalkan tentang asas psikologi untuk para pelajar. Buku ini mendedahkan kepada para pembaca bidang-bidang dalam psikologi serta aspek-aspek lain yang dikaji dalam ilmu ini. Topik-topik seperti personaliti, pembelajaran, ingatan, pemikiran dan bahasa, kesedaran, tingkah laku sosial, konflik dan tekanan, psikologi kesihatan serta psikologi abnormal patut diberi tumpuan oleh mereka yang ingin memahami tentang diri sendiri dan juga orang lain. Selaku insan yang sentiasa berinteraksi dengan individu lain, sama ada di rumah atau di tempat kerja, buku ini boleh dimanfaatkan dan amat sesuai dimiliki. Buku ini juga amat sesuai bagi para penuntut dari pelbagai disiplin yang ingin mempelajari serba sedikit tentang ilmu psikologi.

ISBN 978-967-12649-6-6- 2015 - (Kulit Tebal) - 303 muka surat – Contents in 4-colour
ISBN 978-967-12649-5-9- 2015 - (Kulit Nipis) – Contents in 4-colour

About the Authors

ASMAWATI DESA
ASMAWATI DESA ialah Professor Madya di Pusat Pengajian Psikologi dan  Pembangunan Manusia,  Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperolehi ijazah pertama dalam bidang Psikologi (UKM) dan Master dalam Psikologi Fisiologi dari Universiti Birmingham, UK,  dan ijazah Ph.D di dalam bidang Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.  Minat kajian beliau adalah mengenai tekanan, remaja dan kesejahteraan psikologi.
GETRUDE COSMAS D. AH GANG
GETRUDE COSMAS D. AH GANG merupakan seorang pensyarah kanan dalam bidang Psikologi Sosial di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. Beliau menerima ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Sarjana Psikologi Sosial daripada Universiti Malaysia Sabah dan Ph.D dalam bidang Psikologi Sosial daripada La Trobe University, Melbourne, Australia.  Kajian beliau banyak memfokuskan kepada bidang psikologi sosial seperti tingkah laku prososial,  sikap dan perubahan sikap, hubungan persahabatan, kesukarelawan dan komuniti.  
MARINY ABDUL GHANI
MARINY ABDUL GHANI mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan sebelum memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains. Beliau turut dianugerahkan Ijazah Sarjana Sastera (Psikologi Kaunseling) dari universiti yang sama. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Loughborough University, United Kingdom dan berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang Psikologi. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia.  
SITI ROZAINA KAMSANI
SITI ROZAINA KAMSANI adalah pensyarah kanan di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera & Sains, Universiti Utara Malaysia. Beliau memperolehi ijazah pertama dalam bidang Psikologi dan Master dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor, dan ijazah Ph.D di dalam bidang Pendidikan Kaunselor (Counselor Education) dari Southern Illinois University, Carbondale, Illinois, USA. Beliau mempunyai pengalaman dalam mengendalikan aktiviti kaunseling individu dan kaunseling kelompok di kalangan pelajar kolej dan remaja. Antara fokus kajian yang menjadi tumpuannya adalah pertumbuhan dan perkembangan remaja di institusi dan kaunseling kelompok. 
NOOR AZNIZA ISHAK
NOOR AZNIZA ISHAK adalah Professor Madya di Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera & Sains, Universiti Utara Malaysia. Beliau memperolehi ijazah pertama dalam bidang Pendidikan dan Master dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia, dan ijazah Ph.D di dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Sains Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman dalam mengendalikan aktiviti kaunseling individu dan kaunseling keluarga di kalanganpasangan dan keluarga serta pelajar IPT. Antara fokus kajian yang menjadi tumpuannya adalah bidang pemulihan di dalam dan luar institusi pemulihan, sistem koreksional dan perkhidmatan intervensi dalam komuniti. 
NABISAH IBRAHIM
NABISAH IBRAHIM ialah seorang pensyarah kanan di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Art & Sains, UUM. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan-Psikologi (UIAM), Ijazah Sarjana Pendidikan-Bimbingan dan Kaunseling (UIAM), dan Ijazah Kedoktoran-Pendidikan Kaunselor (SIUC, USA). Beliau pernah bertugas sebagai kaunselor dan pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa, Gombak dalam bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak sebelum bertugas di UUM. Semasa pengajian kedoktoran, beliau aktif melaksanakan penyelidikan dan pembentangan kertas kerja di peringkat antarabangsa berkaitan kajian kaunseling pelbagai budaya, kaunseling kelompok, kesihatan mental di kalangan warga emas, dan kajian penilaian kaunseling. Seorang yang sangat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dan penyelidik.
MOHD MAKZAN  BIN MUSA
MOHD MAKZAN  BIN MUSA mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1987) dan Sarjana dari University of San Diego, California, Amerika Syarikat (1989). Penjurusan beliau adalah dalam Perhubungan Interpersonal khususnya dalam topik tingkah laku cemburu. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pemulihan Dadah di Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (kini AADK), Kementerian Dalam Negeri dan bertugas sebagai Pegawai Bimbingan & Nasihat, Institut Teknologi MARA (kini UiTM) cawangan Johor sebelum menjadi tutor di Sekolah Pengajian Asasi, Universiti Utara Malaysia. Kini beliau merupakan tenaga pengajar di Program Psikologi & Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera & Sains, Universiti Utara Malaysia. Tumpuan akademik beliau adalah dalam bidang Psikologi Sosial dan Psikologi Kesihatan. Kecenderungan dan minat beliau turut menjurus ke dalam bidang Creative Art Therapy yang menggabungkan pengkhususan beliau dalam bidang psikologi dengan minat yang mendalam dalam bidang seni halus.

Table of Contents

BAB 1: MENGENAL PSIKOLOGI
BAB 2: METOD KAJIAN DALAM PSIKOLOGI
BAB 3: ASAS BIOLOGI DALAM TINGKAH LAKU
BAB 4: PERKEMBANGAN MANUSIA
BAB 5: SENSASI DAN PERSEPSI
BAB 6: PEMBELAJARAN
BAB 7: INGATAN
BAB 8: PEMIKIRAN DAN BAHASA
BAB 9: KESEDARAN
BAB 10: MOTIVASI DAN EMOSI
BAB 11: PERSONALITI
BAB 12: TINGKAH LAKU SOSIAL
BAB 13: PERHUBUNGAN INTERPERSONAL
BAB 14: TEKANAN DAN PENGURUSAN TEKANAN
BAB 15: ASPEK PSIKOLOGI SAKIT DAN TINGKAH LAKU KESIHATAN
BAB 16: KECELARUAN PSIKOLOGI
BAB 17: RAWATAN KECELARUAN PSIKOLOGI

Instructors Supplements

Please login to download